Ad Code

Responsive Advertisement

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

 


PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN   

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan   

1.  Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh menerima aduan sekiranya maklumat aduan yang diterima adalah lengkap dan sempurna.   

2.  Arahan penempatan pertukaran  practitioner dalam negeri melalui sistem eg- Tukar dikeluarkan kepada  practitioner yang diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari tarikh jana surat penempatan.   

3.  Kelulusan pendaftaran dan pertukaran murid dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap   

4.  Kelulusan kutipan sumbangan bayaran tambahan persekolahan/ derma PIBG dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap dan sempurna dari sekolah.   

5.  Permohonan Elaun Murid Khas yang diterima sebelum 30 April akan menerima bayaran mulai Bulan Ogos tahun semasa sekiranya murid berdaftar dengan KPM dan mempunyai Kad Orang Kurang Upaya, JKM.  

6.  Institusi pendidikan mula diselenggara dalam tempoh 14 hari bekerja setelah pengeluaran surat setuju terima.   

7.  Menyelesaikan kes- kes tatatertib di bawah Pihak Berkuasa Tatatertib Peringkat JPN Kelantan dalam masa 3 bulan selepas laporan dan dokumen lengkap diterima.   

8.  Bil dan tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap dan sempurna diterima.   

9.  Bantuan kebajikan kepada murid diselaras dan diagihkan ke PPD dan sekolah dalam tempoh 7 hari bekerja.   

10. Permohonan untuk mendapatkan rekod BPK berkaitan lembaran Kenyataan Perkhidmatan dan lembaran Kelakuan yang lengkap, terkini dan sempurna diperolehi dalam tempoh 7 hari bekerja

Catat Ulasan

0 Ulasan